Dalam kehidupan, kamu tidak sadar
apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu pertanda
dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara langsung dari mulut dia
tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri
yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
1.
Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia
mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2.
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3.
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya
kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah
bertambah.
4.
Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui
sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5.
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat
hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu
tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan
cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”, tapi
terselubung ayat selain kata cinta itu.
6.
Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke acara yang kamu
adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau
mengirim SMS.
7.
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui
bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya,
kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya
pasti berkaca. karena saat bersamamu itu tidak bisa terulang selalu.
8.
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,
bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana
dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan
yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi
bukan orang yang mencintai kamu.
9.
Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,
bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu
– kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi
akhirnya dia berjaya.
10.
Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang influensa, atau
batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya
keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11.
Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan kapan ujian itu
berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk
memberi semangat kepada kamu.
12.
Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin
buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat
istimewa.
13.
Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di
telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia
merasa sangat gugup kerana kamu telah menggetarkan dunianya.
14.
Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin
menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15.
Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan
nasihat agar kamu waspada dengan linkungan yang membawa pengaruh buruk kepada
kamu.
16.
Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata,
dekat dihati?’
17.
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti
seorang kekasih.
18.
Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang aneh, seperti menelefon
kamu 100 kali dalam sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan
mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
19.
Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal
yang membuat kamu sakit kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu
membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
20.
Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan
sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu
gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan
permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan mu.
21.
Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar
INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim
berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat
kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga
buatnya.
22.
Dan jika kamu coba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya,
dia akan menyadarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu
membunuh hatinya.
23.
Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada
menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa
menunggu kamu.
24.
Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan
alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, karena dia tidak mau kamu
terbeban karenanya. Saat kau pinta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
karena dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat
seperti di atas kepada kamu?






0 komentar:
Posting Komentar